top of page
Search

FLAWLESS SKIN STARTS WITH A FLAWLESS SKINCARE ROUTINE

Kulit yang sihat bukanlah sekadar diwarisi dari DNA semata-mata, akan tetapi rutin harian anda, sebenarnya, mempunyai peranan yang besar terhadap apa yang anda lihat di cermin. Namun begitu, tidak salah jika saya katakan setiap daripada kita kadang-kadang mungkin keliru akan ulasan mengenai produk-produk di luar sana kerana terlalu banyak pendapat bermula dari cara membersihkan hingga cara melindungi diri anda dari sinaran UV.


Justeru, adalah amat penting untuk anda memilih cara yang sesuai dengan kulit anda. Berikut adalah langkah 'basic' untuk rutin penjagaan kulit wajah:


Tiga Langkah Utama


Anda cuma perlu ingat yang rutin penjagaan kulit anda terdiri daripada tiga langkah utama sahaja iaitu:


  • Pencuci Wajah - Membersihkan kulit wajah dari kotoran.

  • Toner - Menyeimbangkan pH kulit.

  • Pelembap Wajah - Menghidratkan dan melembutkan kulit.


Objektif utama anda melakukan rutin penjagaan kulit ini adalah untuk membaiki kulit anda sehingga berfungsi dengan sebaik mungkin, menyelesaikan masalah kulit dan 'maintain' kulit anda untuk kekal cantik, sihat serta berseri.


Namun begitu, kulit anda berubah seiring dengan usia. Maka, anda mungkin perlu menukar produk anda bila tiba masanya. Sugguhpun demikian, hidup ini bukanlah untuk mencipta kesempurnaan. Yang penting kulit anda sihat. Jadikan tiga langkah ini sebagai ritual harian anda yang menguatkan kulit anda dan menjadikan hari anda indah.



1 view0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page